28 February 2015

Hebat! Datuk Siti Nurhaliza Main Bola Jaring


Datuk Siti Nurhaliza bukan sahaja pandai menyanyi malah pandai juga dalam aktiviti sukan. Antara sukan kegemaran Datuk Siti ialah bola jaring. Lihat kehebatan Datuk Siti bermain bola jaring.


Comelnya - Gambar Anak Kedua Tomok

 
Penyanyi Tomok, sebelum ini telah memuat naik gambar tweet di Twitter bagi memaklumkan kepada peminat yang isterinya, Siti Rahayu Abas telah selamat melahirkan anak lelaki secara normal seberat 3.33 kilogram pada jam 1.34 tengah hari semalam di Pusat Perubatan Prince Court. Pada hari ini pula, beliau telah berkongsi gambar anak keduanya di laman sosial Instagram.


Sumber Instagram @tomokofficial

Luahan Hati Azmi Saat Vokalis Caliph Buskers


Baru-baru ini kenyataan kumpulan Caliph Buskers kepada individu dan kumpulan politik supaya tidak menganggu periuk nasi mereka di SOGO telah dikecam ramai terutamanya penyokong-penyokong kumpulan politik tersebut. Namun begitu, kenyataan tersebut disalah erti dan telah diputar belit oleh media yang tidak bertanggungjawab. Ikuti penjelasan Azmi Saat (Vokalis) Caliph Buskers;

Assalamualaikum. Apa khabar semua sahabat Azmi Saat dan Caliph Buskers? Mudah-mudahan semuanya sentiasa dalam rahmat Allah SWT…
Terima kasih tidak terhingga kerana terus menyokong CB. Tanpa sokongan sahabat semua, CB tak akan mampu bergerak ke mana-mana.
Pasti ramai yang tahu tentang isu yang tersebar baru-baru ni. Apa dah jadi? Kemana perginya sorakan yang diberikan waktu AJL tempoh hari? Kenapa sekarang berubah dari sorakan kepada penghinaan? Memang sedih bila CB dihina. Tapi lebih sedih lagi bila nama CB dikaitkan untuk memecah belahkan rakyat malaysia terutamanya orang melayu.
CB bermuzik bukan untuk berpolitik dan dipolitikkan malah CB mahu muzik CB dapat memberikan ketenangan kepada semua orang. Kami merayu, hentikan lah isu tersebut. Janganlah kaitkan CB dalam hal-hal yang luar dari bidang CB. Izinkanlah CB berkarya dengan tenang supaya CB dapat memberikan yang terbaik.
Memang kami tak boleh memaksa semua orang meminati muzik CB, tapi kami merayu, berhentilah dari menghina antara satu sama lain. Percayalah, Tidak pernah sama sekali CB memberi arahan apa lagi amaran kepada mana-mana pihak. Siapalah CB untuk berbuat sebegitu? Fikirlah sebaik mungkin sebelum terus menyalahkan CB.
Jutaan maaf dari CB kepada semua pihak sekiranya apa yang berlaku datangnya dari kesilapan CB sendiri. Ini mungkin kerana ketidak biasaan kami untuk menghadapi sesuatu situasi. Berilah kami peluang untuk belajar dari kesilapan. Sekali lagi kami merayu, hentikanlah isu tersebut kerana isu-isu sebigini bukan sahaja boleh menghancurkan kerjaya CB malah mampu memecahbelahkan rakyat malaysia terutamanya kita sesama orang islam dan orang melayu. Apa gunanya kalau kehadiran CB hanya cuma memberikan keburukan?
Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak menyokong CB, biarkanlah CB bergerak tanpa sokongan anda. Janganlah hancurkan kerjaya CB hanya kerana anda tidak meminati CB. Kalaulah perjalanan CB ditakdirkan terhenti, biarlah CB berhenti sebagai penghibur yang pernah memberi ketenangan bukan penghibur yang pernah menyakiti hati orang lain.
Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada hambanya yang zalim. Amin…
Terima kasih.
Ikhlas dari Azmi Saat Caliph Buskers.
 Harap mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Dipetik dari BeautifulNara

27 February 2015

11 Soalan Menarik Untuk Datuk Siti Nurhaliza


1.  Antara Datuk K (suami) dan Tarudin Ismail (bapa)?

Kedua-duanya sangat protective. Arwah bapa nampak garang tetapi sangat sensitif dan senang menangis. Suami pula seorang yang pemurah dan ada masanya serius. Tapi dia kelakar kepada Siti.

2.  Apa seronoknya menjadi Siti Nurhaliza semasa menjual kuih dan Siti Nurhaliza seorang penyanyi?

Seronok masa jual kuih apabila kuih tu laku terutamanya karipap sardin dan kuih keria. Masa tu la Siti “asah” vokal dengan menjerit “kuih… kuih…” Ketika menjadi penyanyi Siti mendapat layanan istimewa dan berjaya pergi ke merata tempat yang Siti tak pernah pergi serta boleh menghiburkan orang.

3.  Siti Nurhaliza semasa tujuh tahun?

Haa… Siti suka berangan, menyanyi dan menari seorang diri. Masa zaman sekolah, Siti suka bergaduh dengan budak lelaki, suka panjat pokok dan naik basikal.

4.  Siti Nurhaliza pada usia 55 tahun?

Nak jadi wanita yang ada anak antara dua hingga tiga orang serta ahli perniagaan wanita yang berjaya. Yang paling penting sihat tubuh badan.

5.  Apa hebatnya kereta pertama Siti, Proton Aeroback?

Itulah kereta yang banyak berjasa. Kereta itulah yang bawa Siti seluruh Semenanjung Malaysia. Kereta tu Siti beli hasil duit titik peluh Siti selepas kejayaan album pertama Jerat Percintaan.

6.  Bilakah air mata terakhir Siti?

Awal tahun ni kalau tak silap. Siti menangis tengok Australian Junior Master Chef. Kagum dengan budak-budak dalam rancangan tu.

7.  Perkataan apa yang terkesan dalam kalbu?

Kata-kata daripada suami dan pesan arwah abah.

8.  Nombor pilihan Siti. Kenapa?

Pertama, nombor 111 kerana tarikh lahir Siti iaitu 11 Januari. Kedua pula nombor 38 iaitu kombinasi nombor Siti dan Datuk K. Nombor yang kami rasakan membawa tuah.

9.  Menunggang kuda, membonceng motosikal yang mana akan dipilih?

Menunggang kuda Siti memang tak pernah cuba tetapi yang paling Siti suka tentulah membonceng motosikal he...he...

10.  Paling lewat melelapkan mata, paling awal terjaga tidur?

Kalau banyak aktiviti pukul 3 pagi baru Siti tidur dan pernah juga Siti terjaga sekitar pukul 3 pagi untuk ke bilik air.

11.  Duit! Paling banyak dapat dompet, paling sikit dalam poket?

Paling banyak Siti bawa RM1,000 dalam dompet. Tapi sekarang dah ada kad debit dan kad kredit, Siti tak amalkan dah bawa duit banyak. Paling sikit yang ada dalam poket ialah 50 sen. Tu pun masa zaman sekolah rendah.

Dipetik dari www.mstar.com.my


SHARE OK!

26 February 2015

Kenangan Lalu - Datuk Siti Ambil Lesen Memandu

Amboi! Comel betul Datuk Siti Nurhaliza semasa beliau mengambil ujian memandu waktu dulu. Gambar-gambar ini memang sangat nostalgia bagi Datuk Siti. Pasti beliau tersenyum bila terkenangkan pengalaman ini. Biarpun pakai helmet buruk tapi sentiasa ceria.







Datuk Siti Mengaku Sebagai Wanita Ketiga Terkaya Di Malaysia?


Baru-baru ini kecoh apabila laporan dari SaveMoney.my mengatakan bahawa Datuk Siti Nurhaliza sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia. Namun, kenyataan ini dinafikan oleh Datuk Siti sendiri.

"Artikel tersebut sedikit sebanyak memberi impak kepada keselamatan diri saya," ujar Siti dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di Anugerah MeleTOP Era 2015, di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tonton Kenyataan Datuk Siti;



Sumber : Astro Gempak

25 February 2015

Datuk Siti Nurhaliza Berkongsi Rahsia Kecantikan Beliau


Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Siti Nurhaliza? Ikon terkenal negara dengan kecantikan dan bakat nyanyian yang terserlah sejak mula menyanyi pada 1995 hinggalah kini memang sukar untuk ditandingi.

Datuk Siti Nurhaliza tidak dinafikan seorang yang sungguh cantik dari budi pekerti sehinggalah ke penjagaan wajah dan diri.

Jom ketahui tips kecantikan beliau untuk lebih inspirasi penjagaan wajah dan rambut.

Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek?
Bedak 2 Way Cake SimplySiti, Duo Blusher SS, penggaris kening, lipstik dan glos bibir SimplySiti.

Apakah kesilapan paling besar tentang solekan yang anda rasa setiap orang perlu tahu dan elakkan?
Pemilihan warna solekan dengan warna kulit. Sebaiknya dapatkan pandangan mereka yang pakar dalam solekan kerana tidak semua warna yang anda suka bersesuaian dengan warna kulit.

Apakah nasihat anda buat mereka yang baru mula-mula mahu mencuba bersolek?
Perlu tahu penggunaan dan kesesuaian bergantung pada kulit dan acara.

Bagaimana solekan boleh merubah perasaan anda terhadap diri sendiri?
Solekan juga mampu menonjolkan kelebihan seseorang selain menutup kekurangan yang ada pada wajah. Dengan solekan yang tepat akan membuatkan anda lebih yakin, cantik dan ceria.

Apakah masalah utama rambut anda? Dan bagaimana pula anda mengatasinya?
Berminyak dan di hujungnya kering. Sejak bertudung terutamanya kulit kepala lebih kerap berminyak akibat peluh jadi saya akan lebih kerap mencuci rambut. Untuk rawatan hujung rambut yang kering pula saya lakukan pupur rambut di salun. 

Boleh kongsikan tip anda menjaga rambut? Mungkin ada sebarang petua tradisi?
Pilih syampu yang sesuai dan pastikan rambut betul-betul kering sebelum mamakai tudung bagi mengelakkan rambut berbau dan rosak. Gunakan serum yang sesuai untuk perawatan rambut.

Jika diberi kebebasan untuk mencuba gaya potongan atau warna rambut, apakah gaya pilihan anda?
Saya sukakan potongan rambut Farrah Fawcett dan warna brunett. Seksi kan?

Sumber : www.eh.com.my

 
 

24 February 2015

DIY - Cara Kilatkan Periuk Dengan Menggunakan Garam dan Cuka


Menyental periuk dan kuali amat memenatkan, terutamanya apabila bahagian bawahnya sudah berkerak dan kehitaman. Tahukah anda? Terdapat cara yang mudah dan murah dengan hanya menggunakan garam dan cuka, boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Lihat video di bawah;

23 February 2015

Cara Yang Betul Makan Cupcake


Ramai yang suka kek cawan atau pun cupcake. Tetapi ramai yang tidak mengetahui cara yang betul untuk menikmatinya.  Sebenarnya, begini cara yang betul menikmati sebiji cupcake.

22 February 2015

Mengejutkan! Rahsia Kenapa Burger McDonald Nampak Sedap


Inilah rahsianya kenapa burger McDonald nampak sedap dan menyelerakan dalam gambar iklan-iklan mereka. Bila lihat burger sebenar di depan mata, tidak lah menarik seperti dalam gambar. Rupanya teknik pengiklanan semata-mata.

Lihat Bagaimana Gula-Gula Buatan Tangan Dihasilkan


Beginilah caranya menghasilkan manisan atau gula-gula buatan tangan yang sangat comel. Gula-gula ini dibuat oleh La Confiserie CandyLabs, Montreal. Mungkin anda juga boleh cuba membuatnya di rumah.

21 February 2015

Menarik! Bagaimana Membuat Makanan Popular Korea - Kimchi


Bagi peminat drama dan filem dari korea, mesti mengetahui tentang makanan rasmi atau tradisi korea iaitu Kimchi. Kimchi adalah makanan fermentasi atau jeruk yang berasal dari sayuran iaitu kobis panjang, lobak dan timun. Ia juga merupakan makanan wajib orang Korea dalam apa-apa menu mereka. Mari kita lihat cara Kimchi dibuat. Lihat video di bawah;

Lucu! Kucing Yang Suka Makan Ais Krim


Memang suka betul kucing ni makan ais krim. Sambil baring di layan. sedap sangat ke? Lihat video di bawah;

20 February 2015

Kelakar! Detective Conan Versi Malaysia


Mesti ramai yang meminati siri anime Detective Conan. Kisah seorang penyiasat muda yang berjaya menyelesaikan kes-kes pembunuhan bersama rakan-rakanya. Banyak versi parody yang telah dihasilkan antaranya parody versi Malaysia. Saksikan video dibawah;

19 February 2015

Hebat! Bagaimana Menghasilkan Mee Menggunakan Tangan


Sangat menarik. Lihat, bagaimana chef ini menghasilkan mee tarik menggunakan tangan. Bukan sahaja tidak putus, mee yang dihasilkan juga berbentuk sekata dan sama saiz.

Apa Akan Jadi Sekiranya Coca Cola Dicampur Dengan Jelly?


Campuran coca cola dengan jelly bukan menghasilkan sesuatu yang buruk, tetapi menghasilkan satu makanan yang unik dan mungkin rasanya sedap. Mungkin, anda boleh mencuba membuat sendiri puding coca cola dan jelly ini sendiri di rumah.

DIY Cara Buat Kek Lobak Merah Mudah


Mesti ramai yang mengemari kek lobak merah kerana rasanya yang enak dan sedap.Apa kata anda cuba buat kek lobak merah sendiri di rumah. Lihat video dibahawah;

18 February 2015

Menarik! Proses Menhasilkan Minyak Zaitun


Beginilah rupanya cara minyak zaitun dihasilkan. Dari proses memerah buah zaitun sehingga menghasilkan minyak. Lihat video;

DIY Cara Buat Mangkuk Coklat Yang Boleh Dimakan


Mesti menarik bukan, bila dihidangkan ais krim dalam mangkuk, kita boleh terus makan dengan mangkuknya sekali. Jom buat mangkuk coklat yang sedap dan menarik ini. Lihat video dibawah;

17 February 2015

Belajar Buat Yogurt Sendiri di Rumah


Yogurt sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Namun, yogurt yang dijual di pasaran mungkin mengandungi banyak bahan perisa yang tidak baik untuk tubuh badan kita. Oleh itu, jom buat sendiri yogurt di rumah. Lihat video;

Kreatif! Hasil Seni Seorang Ibu Untuk Anaknya

Seorang ibu dan suri rumah dari Malaysia, Samantha Lee telah menghasilkan hidangan tengah hari untuk dua anak perempuanya dengan membuat susunan yang kreatif. Kegigihan beliau bukan sahaja menceriakan anaknya malah menjadi inspirasi pada ibu-ibu supaya menjadikan masa makan keluarga sesuatu yang istimewa.









Sumber : Samantha Lee

16 February 2015

Cara Membuat Biskut Pretzel Sendiri Di Rumah 2




Cara Membuat Biskut Pretzel Sendiri Di Rumah Bahagian 2
Dari bahagian 1

Pretzel berasal dari negara Jerman. Pretzel adalah doh yang dibakar dalam bentuk yang keras atau lembut dan mempunyai rasa yang manis, lemak, dan masin serta mempunyai bentuk seperti simpulan tali. Jom buat biskut pretzel, lihat video; - See more at: http://www.rotisusu.com/2015/02/cara-membuat-biskut-pretzel-sendiri-di-rumah.html#sthash.exgYXa8a.dpuf
 Pretzel berasal dari negara Jerman. Pretzel adalah doh yang dibakar dalam bentuk yang keras atau lembut dan mempunyai rasa yang manis, lemak, dan masin serta mempunyai bentuk seperti simpulan tali. Jom buat biskut pretzel, lihat video;

Pretzel berasal dari negara Jerman. Pretzel adalah doh yang dibakar dalam bentuk yang keras atau lembut dan mempunyai rasa yang manis, lemak, dan masin serta mempunyai bentuk seperti simpulan tali. Jom buat biskut pretzel, lihat video; - See more at: http://www.rotisusu.com/2015/02/cara-membuat-biskut-pretzel-sendiri-di-rumah.html#sthash.exgYXa8a.dpuf
Cara Membuat Biskut Pretzel Sendiri Di Rumah

Cara Membuat Biskut Pretzel Sendiri Di Rumah


Pretzel berasal dari negara Jerman. Pretzel adalah doh yang dibakar dalam bentuk yang keras atau lembut dan mempunyai rasa yang manis, lemak, dan masin serta mempunyai bentuk seperti simpulan tali. Jom buat biskut pretzel, lihat video;

 

Lihat Bahagian 2 - Klik di sini

Cara Buat Air Detox Sendiri Di Rumah


Detox water atau air detox (infused water) ialah campuran air masak dan buah-buahan segar tanpa ada sebarang tambahan perasa atau ditambah madu. Antara kebaikan air detox ialah mampu membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan metabolisme, dan mencantikkan kulit. Jom buat air detox, lihat video di bawah;


15 February 2015

DIY Cara Membuat Bunga Tulip Dari Kertas

D.I.Y ( Do It Yourself ) Bunga Tulip Kertas



Bunga sangat cantik kalau dijadikan perhiasan di dalam rumah atau pejabat. Bunga hidup kadang kala sukar dijaga dan mudah layu. Oleh itu, ramai yang memilih bunga kertas sebagai perhiasan. Jom belajar membuat sendiri bunga tulip sebagai perhiasan. Lihat video;


Cara Buat Pizza Sosej Mini


Mesti ramai yang gemarkan pizza sosej mini. Memang mudah dihasilkan. Lihat video di bawah;

Geli! Urut Wajah Menggunakan Sipu Babi


Kegilaan manusia untuk menjadi cantik kadang-kadang sangup melakukan apa sahaja. Jepun yang memang terkenal dengan hal-hal yang pelik, kini muncul lagi dengan memperkenalkan teknik urutan wajah menggunakan siput babi. Lihat video di bawah;

Berminat untuk mencuba?

14 February 2015

Cara Betul Cairkan Coklat Menggunakan Kaedah Double Boiler


Mencairkan coklat menggunakan kaedah "doble boiler" adalah satu kaedah yang membuatkan coklat cair secara perlahan-lahan. Cara ini lebih selamat dari memasak secara terus atas api menggunakan periuk, dimana ia akan membuatkan coklat mudah hangus dan cair secara tidak sekata. Lihat video di bawah;


Persembahan Ini Mampu Membuatkan Anda Menitiskan Air Mata


Persembahan teater bayang-bayang ini sangat menarik sehingga membuatkan juri dan penonton terharu. Sangat kreatif. Saksikan video di bawah;


Koleksi Katil Comel Untuk Kucing

Bagi pencinta kucing, mereka sanggup berhabis wang ringgit demi haiwan perliharaan mereka. Selain dari makanan dan ubat-ubatan, mereka juga mementingkan keselesaan tempat tinggal kucing mereka. Antara yang menarik di pasaran ialah Kitty Meow, katil comel berbentuk kucing.










Best kan jadi kucing.

Share: