28 February 2015

Luahan Hati Azmi Saat Vokalis Caliph Buskers


Baru-baru ini kenyataan kumpulan Caliph Buskers kepada individu dan kumpulan politik supaya tidak menganggu periuk nasi mereka di SOGO telah dikecam ramai terutamanya penyokong-penyokong kumpulan politik tersebut. Namun begitu, kenyataan tersebut disalah erti dan telah diputar belit oleh media yang tidak bertanggungjawab. Ikuti penjelasan Azmi Saat (Vokalis) Caliph Buskers;

Assalamualaikum. Apa khabar semua sahabat Azmi Saat dan Caliph Buskers? Mudah-mudahan semuanya sentiasa dalam rahmat Allah SWT…
Terima kasih tidak terhingga kerana terus menyokong CB. Tanpa sokongan sahabat semua, CB tak akan mampu bergerak ke mana-mana.
Pasti ramai yang tahu tentang isu yang tersebar baru-baru ni. Apa dah jadi? Kemana perginya sorakan yang diberikan waktu AJL tempoh hari? Kenapa sekarang berubah dari sorakan kepada penghinaan? Memang sedih bila CB dihina. Tapi lebih sedih lagi bila nama CB dikaitkan untuk memecah belahkan rakyat malaysia terutamanya orang melayu.
CB bermuzik bukan untuk berpolitik dan dipolitikkan malah CB mahu muzik CB dapat memberikan ketenangan kepada semua orang. Kami merayu, hentikan lah isu tersebut. Janganlah kaitkan CB dalam hal-hal yang luar dari bidang CB. Izinkanlah CB berkarya dengan tenang supaya CB dapat memberikan yang terbaik.
Memang kami tak boleh memaksa semua orang meminati muzik CB, tapi kami merayu, berhentilah dari menghina antara satu sama lain. Percayalah, Tidak pernah sama sekali CB memberi arahan apa lagi amaran kepada mana-mana pihak. Siapalah CB untuk berbuat sebegitu? Fikirlah sebaik mungkin sebelum terus menyalahkan CB.
Jutaan maaf dari CB kepada semua pihak sekiranya apa yang berlaku datangnya dari kesilapan CB sendiri. Ini mungkin kerana ketidak biasaan kami untuk menghadapi sesuatu situasi. Berilah kami peluang untuk belajar dari kesilapan. Sekali lagi kami merayu, hentikanlah isu tersebut kerana isu-isu sebigini bukan sahaja boleh menghancurkan kerjaya CB malah mampu memecahbelahkan rakyat malaysia terutamanya kita sesama orang islam dan orang melayu. Apa gunanya kalau kehadiran CB hanya cuma memberikan keburukan?
Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak menyokong CB, biarkanlah CB bergerak tanpa sokongan anda. Janganlah hancurkan kerjaya CB hanya kerana anda tidak meminati CB. Kalaulah perjalanan CB ditakdirkan terhenti, biarlah CB berhenti sebagai penghibur yang pernah memberi ketenangan bukan penghibur yang pernah menyakiti hati orang lain.
Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada hambanya yang zalim. Amin…
Terima kasih.
Ikhlas dari Azmi Saat Caliph Buskers.
 Harap mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Dipetik dari BeautifulNara

0 comments:

Post a Comment

Share: