03 March 2015

Trailer Filem Cicakman 3 2015 - Memang Gempak!


Selepas filem Cicakman 1 & 2, sekali lagi KRU Studios menerbitkan filem superhiro tempatan Cicakman 3 tetapi kini bekerjasama dengan Astro Shaw & Grand Brilliance.

Tajuk : Cicakman 3 (3D)
Tarikh Tayangan : 12 march 2015
Senarai pelakon Cicakman 3 :
  1. Zizan Razak,
  2. Lisa Surihani
  3. Fizz Fairuz
  4. Bell Ngasri
  5. Rykarl Iskandar
  6. Rashidi Ishak
  7. Adam Corrie
  8. Azizah Mahzan
  9. Yus Jambu
  10. Sathiya
Sinopsis Cicakman 3
 
Filem Cicakman 3 menceritakan Man (Lakonan Zizan Razak) seorang suami kepada Linda (Lakonan Lisa Surihani ) dan juga bapa kepada Boboy (Lakonan Rayqal). Dirinya yang tidak matang serta kebudak-budakan dalam hal rumah tangga serta berangan nak jadi super hero menyebabkan Linda mengambil keputusan untuk menuntut cerai dari Man.

Masalah rumah tangganya bertambah serius dengan kehadiran Inspektor Adam (Lakonan Fizz Fairuz) yang juga merupakan rakan sekolah Linda , Inspektor Adam berniat untuk cuba merampas Linda dari Man

Kehidupan Man tiba-tiba berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya. Dia yang kembali bersemangat dengan kuasa yang dimiliki itu begitu teruja untuk  menncapai impiannya selama ini iaitu menjadi superhero.

Walau bagaimanapun, kehadiran Man tidak dihargai penduduk Metrofulus kerana munculnya seorang hero baru iaitu Super-Bro lakonan Yus Jambu.

Trailer filem Cicakman 3

 Kredit : IshakHasimi.com

0 comments:

Post a Comment

Share: